Isnin, 1 Mac 2010

kek lapis winter sonata

Bahan-Bahan:


20 biji putih telur

16 oz. mentega

1½ gelas tepung jagung

1½ gelas tepung jagung

1 gelas gula kastor

½ gelas serbuk coffee Mate

1 tin kecil Nestle Reduced Cream

1 sudu makan perisa vanilla

1 sudu makan ovalette

1 sudu teh butter oil

3oz air sejuk

Pewarna Kuning dan hijau Muda

Cara:

1. Pukul mentega hingga naik dan putih, ketepikan.

2. Pukul putih telur dengan gula sampai kembang dan sebati.

3. Lepas itu campurkan kedua-dua adunan itu lalu digaul rata.

4. Kemudian itu masukkan tepung jagung, tepung Hong Kong dan ovalette, gaul

rata-rata.

5. Akhir sekali masukkan air sejuk serta gaul hingga ia sebati. Selepas itu,

bahagikan adunan itu kepada 3 bahagian iaitu:

-bahagian I - Nestle Reduced Cream dan butter oil (dibahagi 2)



-bahagian II - Serbuk coffee Mate dan perisa vanilla serta warna hijau muda



-bahagian III - warna kuning



6. Lapis adunan I dahulu yg dibahagi tadi sampai masak, bila ia masak, lapiskan adunan II sebanyak 4 sudu makan

7. Bakar hingga masak dan bila masak, lapiskan pula adunan III sebanyak 4 sudu makan, juga sampai masak

8. Buatlah begitu berlapis-lapis hingga habis dan masak untuk adunan II dan III

dan apabila ia masak kesemuanya barulah lapis adunan terakhir iaitu adunan I

tadi utk penutup kek ini, bakarlah sampai ia masak dan teratur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan